Peluang kini terbuka

AKADEMI FANTASIA KINI KEMBALI!
Peluang kini terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura serta golongan artis
Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti nyanyian popular; Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh.
Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura. Berita baik ini diharap disambut baik oleh peminat-peminat rancangan realiti popular negara-negara jiran seperti Brunei. Ini mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.
Elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila Akademi Fantasia musim ketujuh juga turut menjemput golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan turut serta menyertai pertandingan nyanyian relaiti popular ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Khairul Mizan, “Objektif utama penerbitan Akademi Fantasia pada musim adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen kami dalam mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan. Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit di kalangan peserta.
Buat pertama kalinya, kami bukan sahaja membuka peluang kepada warganegara Malaysia tetapi juga kepada warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian popular ini. Walau bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada golongan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.”
“Perubahan elemen kepada syarat kelayakan penyertaan ini juga turut mengalu-alukan penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Singapura. Keputusan bagi membuka peluang kepada warganegara Singapura ini dilihat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura melalui rancangan Akademi Fantasia yang juga boleh ditonton melalui mio TV; milik Singtel. Ini membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura.
“Pihak penerbitan dan produksi tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan penjelajahan ujibakat ke empat buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari bakal-bakal penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan,” ujar Khairul lagi.
Nama-nama seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, dan Stacy adalah nama-nama yang pernah merangkul gelaran juara di sepanjang Akademi Fantasia musim pertama berlangsung hinggalah musim keenam dan telah berjaya menempatkan diri di kalangan artis-artis popular yang berbakat dan mempunyai kualiti yang tersendiri.
Pada musim ketujuh ini, sekali lagi Hotlink hadir menghulurkan sokongan sebagai penaja rasmi dan pihak produksi dan penerbitan juga sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Majalah Aksi AF selaku majalah rasmi. Rancangan Akademi Fantasia musim ketujuh ini akan bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104

0 comments:

Post a Comment