Tugasan Minggu Ke 4

PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi ISMA – Kerja Gila


PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta
YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu

LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).

Menghampiri Konsep One In A Million (Oiam)

konsep Yg Hampir Sama

jika anda menyaksikan konsert pd setiap minggu pasti anda akan terasa kelainan berbandingkonsert kebiasaan musim2 sebelumnya,bukan perbedaan dr segi kualiti peserta,tapi perbedaan itu lebih menjerumus ke arah cara/konsep konsert itu dikendalikan,ianya seolah-olah menghampiri konsep Sebuah Lagi Rancangan Realiti iaitu OIAM Konsepnyatidaklah sama 100% tapi menghampiri sedikti konsep yg dilakukan Oleh OIAm,anda boleh tahuapakah maksud yg cuba disampaikan jika anda menyaksikan kedua2 program ini,mungkin hanyalah satu kebetulan atau mungkin juga idea ini diambil dr beberapa rancagan yg lain.Tiada lagitemubual secara langsung sebelum persembahan peserta dimulakan ,dan tiada lagi video2 kontrovesi para peserta yg memualkan ditayangkan semasa konsert diadakan,ini satu langkah yg bijak utk mengeluarkan isi kandungan yg menjelikkan dr Program ini.akan adakah selepas ini melodi lagu yg dinyayikan oleh para peserta akan diubah sama seperti mana rancangan OIAM ,atau akan adakah 2 pengacara utk mengendalikan konsert pd setiap minggu,kerana setakat ini pengacara yg mengendalikan Program ini iaitu Ac Mizal masih belum dpt membangkitkan keghairahan terpegun dr para penonton atas apa yg dipersembahkan oleh para pelajar...

Minggu Ke 3

Minggu Ke 3
Konsert minggu yg ke 3,sdah selesai segalanya,dah menyaksikan penyingkiran oleh peserta yg bernama Obri dan Rini,pasti ada yg telah menduga dan pasti juga ada yg tidak bersedia diatas penyikiran ini,walau apa pun persembahan utk minggu yg ketiga ini bolehlah diibaratkan sesuatu yg membosankan baik dr segi kualiti vokal para peserta mahupun lagu yg dipersembahkan,Peningkatan Yg diharapkan dr setiap peserta tidak nmpak begitu ketara,bahkan ada peserta yg sebelum ini begitu lincah dan aktif diatas pentas menjadi seperti tungul kayu yg hanya bediri tegak dan melakukan sedikit pergerakan,sdangkan lagu itu adalah lagu yg ceria, tapi ada juga peserta yg melakukan tugasan utk konsert yg ketiga ini dgn begitu baik,mungkin disbbkan lagu yg dibawakan itu lagu yg sesuai dgn vokal yg dimiliki,utk setakat minggu yg ketiga ini tiada tranformasi yg dpt ditunjukkan oleh para peserta,mutu yg ditunjukkan sama dgn musim2 yg sebelumnya,jadi apakah sebenarnya tranformasi yg dilaung-laungkan pihak penerbitan sebelum ini,sdahlah byk drama yg dipertontonkan semasa diari sehingga mengabaikan mutu vokal yg seharusnya diberi tumpuaan.apa yg dpt dirumuskan ialah Akademi Fantasia bukanlah tempat utk melahirkan jaguh dlm bidang nyayian, tapi lebih mencari kpd peserta yg mempunyai daya tarikan dr segi personaliti peserta itu sendiri kpd penonton,sebab itulah kebanyakan peserta rancangan Akademi Fantasia musim2 yg sebelumnya lebih byk menceburkan diri didlm bidang selain nyayian, kerana sudah tahu tiada bakat yg boleh dibanggakan didlam bidang seni suara,kemanakah hala tuju tranformasi yg dilaungkan sebelum ini jika pesembahan peserta utk minggu yg ketiga ini masih ditakuk lama?.akan mungkir janjikah dan berbohongkah pihak2 yg selalu melaungkan akan ada tranformasi yg ingin dilakukan utk dipersembahkan kpd para penonton setia rancangan Yg lebih memaparkan Realiti kehidupan Harian peserta berbanding Realiti Kemampuan Vokal Peserta ini,Kesetia para penonton adakala ada batasnya, jika kerap dihidangkan dgn cara dan mutu yg sama utk beberapa kali,kebosanan dan kemuakkan pasti akan timbul di hati para penonton,apatah lagi kata kunci tranformasi yg dilaung-laungkan akan muncul pd musim kali ini masih tidak menampakkan hasilnya..

*Tranformasi mentaliti yg daif

Lagu Tugasan Utk Minggu Ke 3

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka CInta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)




Minggu Ke 2

Persembahan Kali Ke2
konsert utk kali yg kedua semakin hampir,berteraskan kata kunci Tranformasi pd musim ini maka dgn sedaya upaya pihak pengurusan rancangan realiti Akademi Fantasia cuba mencari kelainan berbanding musim2 yg sebelumnya,justeru itu utk konsert kali kedua ini dihidangkan para penonton dgn lauk tambahan iaitu 2 lagu bg setiap pelajar,ini bermakna 28 buah lagu akan didendangkan semasa konsert yg ke2 nnti,mungkin inilah Tranformsi yg dilaung-laungkan,Tetapi Apalah Sgt yg ada pd tranformasi yg pelbagai dilakukan jika mutu persembahan pelajar terutamanya persembahan vokal masih lagi berada ditahap yg tidak selayaknya utk muncul dikaca televisyen,ini dpt dibuktikan pd minggu pertama apabila masih byk lg pelajar yg membuat persembahan berdasarkan Syok sendiri,sendiri nyanyi sendiri suka tanpa menghiraukan keasyikan para penonton yg lain,Apakah konsert kali kedua ini juga akan sama seperti minggu yg sebelumnya ataupun ada peningkatan?ditambah pula dgn 2 buah lagu maka tugsan pelajar semakin bertambah,Bertambahnya sesuatu perkara dlm hidup ini adakalanya membawa maksud yg baik,dan adakalanya membawa sesuatu yg bersifat bencana.akan munculkah bencana kpd pelajar utk minggu ini?



Dibayar utk Lagu Pilihan
Benarkah ada sesetengah lagu yg dipilih utk dinyayikan oleh pelajar AF dibayar oleh pihak2 tertentu supaya lagu tersebut didendangkan dikonsert AF,ini dilakukan sbg salah satu kaedah mempromosikan lagu dan juga penyayi asal lagu tersebut,terutamnyanya melibatkan lagu baru yg dihasilkan,seperti yg kita maklum setiap lagu yg dipersembahkan di konsert AF nnti bakal menjadi lagu terhangat utk seketika tdk kiralah lagu itu lagu lama mahupun lagu yg baru, tetapi tidak pasti pula jumlah yg dibayar utk lagu tersebut dipilih bg dijadikan tugasan para pelajar,perkara ini berkemungkinan ada berlaku dan mungkin juga tidak,tetapi segalanya berkemungkinan ,bukankah AF ini penuh dgn kejutan.

Pengkritik DiKawal
secara terang-terangan salah seorg pengkritik memberitahu bahawa mereka diarahkan supaya tdk memberi kritikan yg begitu keras utk konsert yg pertama lalu,jadi kedengaran hanya kritikan yg bersifat tapisan dr para pengkritik ,apakah pihak yg terbabit sedar akan kemampuan vokal pelajar tidak begitu memberangsangkan?lantas dikawalnya tutur kata para pengkritikan supaya minggu yg pertama itu menjadi minggu yg baik2 sahaja yg mahu dipertontonkan.utk minggu yg ke 2 ini kita lihat sahaja kritikan para pengkritik adakah mereka ini masih dikawal kritikan mahupun tidak.

Lagu Tugasan Af 7 Konsert Ke-2

*clik tajuk lagu utk muat turun mp3

PELAJAR LELAKI

YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)



PELAJAR WANITA
RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ADILA – Merawat Cinta Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)

Muat Turun Mp3,Ringtones Konsert Pertama

Muat Turun Mp3 / Ringtones

Lagu tugasan pelajar wanita

Zizi - Molek => Download Mp3 / Ringtones
Aishah - Dan Sebenarnya => Download Mp3 / Ringtones
Adila - Di Bawah Pohon Asmara => Download Mp3 / Ringtones
Isma - Sepi => Download Mp3 /
Ringtones
Rini - Elegi Sepi => Download Mp3 / Ringtones
Claudia - Sempurna => Download Mp3 / Ringtones
Rubisa - Matahariku => Download Mp3 / Ringtones

Lagu tugasan pelajar lelaki

Qhaud - Phoenix Bangkit Dari Abu => Download Mp3 / Ringtones
Yazid - Penghujung Rindu => Download Mp3 / Ringtones
Sidi - Terima Kasih Cinta - Afgan=> Download Mp3 / Ringtones
Hafiz - Lagu Kita => Download Mp3 / Ringtones
Obri - Jeritan Batinku => Download Mp3 / Ringtones
Aril - Rahasia Perempuan => Download Mp3 / Ringtones
Akim - Hati Ku Kau Luka => Download Mp3 / Ringtones

Video Konsert Pertama Af 7

Akan Tiba..Muat Turun mp3 Pelajar Af7 Kosnert Pertama...




































Muat Turun Lagu Asal Tugasan Pertama

Pilihan Lagu telah diberikan kpd para pelajar Akademi Fantasia,adakah Pelajar2 dpt membuat persembahan terbaik dan tersendiri?sama2lah kita saksikan,dibawah diberikan lagu2 asal utk didownload sbg satu usaha utk memeriahkan lagi Akademi Fantasia Untuk Konsert Pertama ini..salam....

Lagu tugasan pelajar wanita
Elyana- Molek (Zizi ) =>Download
Yuna - Dan Sebenarnya (Aishah) =>Download
Jaclyn Victor - Di Bawah Pohon Asmara (Adila) =>Download
Yuni Shara - Sepi (Isma) =>Download
Azharina - Elegi Sepi (Rini ) =>Download
Andra and the Backbone - Sempurna (Claudia ) =>Download
Agnes Monica - Matahariku (Rubisa ) =>Download

Lagu tugasan pelajar lelaki
M. Nasir - Phoenix Bangkit Dari Abu (Qhaud) =>Download
Jamal Abdillah - Penghujung Rindu (Yazid) =>Download
Afgan - Terima Kasih Cinta (Sidi) =>Download
Aizat - Lagu Kita (Hafiz) =>Download
P. Ramlee - Jeritan Batinku (Obri) =>Download
Ari Lasso - Rahasia Perempuan (Aril) =>Download
Alleycats - Hati Ku Kau Luka (Akim) =>Download

*Lagu Kita - Aizat/Hafiz menjadi lagu pilihan minngu ini

Tiada Atau Ada Penyingkiran ?

Kejutan Konsert Pertama
Setiap pelajar telah mendpt tugasan lagu yg harus dipersembahkan pada konsert pertama nnti..ada pelajar yg gembira dan ada juga berduka di dalam hati berkaitan Lagu yg telah diberikan.walau apa pun lagu telah diberikan maka satu persembahan pembukaan yg menarik dan mempunyai keunikkan yg tersendiri harus dipersembahkan kpd penonton dan juga bakal pengundi,ini kerana tanggapan mahupun pengamatan pertama dr penonton akan mempengaruhi hala tuju undi yg akan diberikan itu pun jika penonton tersebut mahu membelanjakan sedikit Kredit utk mengundi Pelajar2 di Akademi Fantasia bg Musim ini.Sebenarnya masih ramai lagi penonton yg belum menfokuskan pelajar2 yg menjadi pilihan dihati ,kerana kebyakkan mereka2 ini mahu menunggu ketibaan konsert yg pertama utk membuat pilihan akan pelajar mana sepatutnya akan disokong dan juga diundi nnti,jadi disinilah kesempatan yg harus diambil oleh para pelajar dgn menyempurnakan tugasan pertama dgn satu persembahan yg boleh dibanggakan dan juga persembahan yg mampu memberikan undi dr pengundi diatas angin ,jika ada diantara pelajar2 mahu menjadikan konsert yg pertama ini sbgai satu persembahan percubaan maka ianya merupakan kesilapan yg bsar jika percubaan yg dilakukan itu gagal membuahkan hasil malah berkemungkinan penonton yg menyokong pelajar ini sebelum konsert yg pertama akan beralih arah kpd peserta yg dirasakan berbaloi utk ditonton persembahan dan berbaloi utk di Afundi.


Penyingkiran
setiap kali konsert pertama bermula pasti penonton Program Realiti Akademi Fantasia akan tertanya tnya,bakal adakah pelajar yg disingkirkan kerana mempunyai undi yg terendah?Relevenkah penyingkiran pd konsert pertama ini dilakukan ?pelajar yg bakal ditunjukkan jalan pulang pasti merasakan ianya satu perkara yg tidak adil buat diri mereka kerana belum sempat utk membuktikan keupayaan yg sebenar,ada mahupun tidak penyingkiran pd konsert yg pertama ianya bergantung kpd strategi yg telah diaturkan pihak Astro kerana jika penyingkiran dilakukan pd konsert yg pertama maka berkemungkinan tidak akan ada penyingkiran secara beramai-ramai utk konsert yg akan dtg dan begitu juga dgn hal yg sebaliknya,


Kejutan
akan adakah kejutan pd konsert yg pertama ini?,jika pihak astro mahu membuat kejutan di awal konsert maka ianya patut difikirkan berulang kali,kerana terlalu byk dan kerap berlaku kejutan dalm sesuatu konsert boleh membuatkan penonton berasa mual dan muak dgn perkara yg cuba ditonjolkan itu lantas menjadi persembhan keseluruhan akan menjadi hambar,kejutan yg dilakukan juga tdk byak membantu para pelajar dlm menaikan reputasi dan juga undi yg hakiki,kadangkala kejutan yg cuba dilakukan itu tidak adil dan berlaku dlm keadaan yg tdk sama rata kerana ada kejutan yg sedikit membantu para pelajar dan byk juga kejutan yg dilakukan itu lebih kearah menjahanamkan moral dan kredibiliti para peserta,seharusnya pihak yg berkenaan lebih menumpukan elemen muzik dan juga elemen suasana pentas yg menarik bagi membantu pelajar utk menyempurnakan tugasan dgn baik dan seterusnya dpt menaikkan kredibiliti Rancangan Realiti Akademi Fantasia ini yg dikatakan semakin suram ..tidak lupa juga jikalau boleh jgnlah membuat kejutan yg menampilkan penyanyi asal tampil dipentas di penghujung lagu utk berduet bersama pelajar yg membuat persembahan kerana ianya akan menganggu tumpuan pelajar utk menyelesaikan tugasan dan secara tidak langsung mengalih tumpuan para penonton dan juga pengundi kpd bkn org yg sepatunya diberi perhatian.jika mahu sekalipun menampikan penyayi asal , cukuplah sekdar membuat jemputan sbg tetamu VIP.


*Tranformasi yg mengubah diri ataupun yg akan memakan diri..sama2 kita nantikan

Lagu Untuk KOnsert Pertama AF7

Lagu tugasan pelajar wanita

Zizi - Molek (Elyana)

Aishah - Dan Sebenarnya (Yuna)
Adila - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
Isma - Sepi (Yuni Shara)
Rini - Elegi Sepi (Azharina )
Claudia - Sempurna ( Andra and the Backbone )
Rubisa - Matahariku (Agnes Monica)

Lagu tugasan pelajar lelaki

Qhaud - Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
Yazid - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
Sidi - Terima Kasih Cinta - Afgan
Hafiz - Lagu Kita (Aizat)
Obri - Jeritan Batinku (P. Ramlee)
Aril - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
Akim - Hati Ku Kau Luka (Alleycats)

Pembukaan Diari

Maulidur Rasul
Setelah mengumunkan barisan pelajar AF7 maka secara rasminya diari akademi fantasia juga bermula,jatuhnya hari pembukaan diari pd satu tarikh yg amat mulia bg umat Islam iaitu bersamaan dgn Maulidur Rasul,Justeru beberapa tetamu jemputan dr kalangan anak seni telah dijemput utk meyemarakkan lg sambutan ini di akademi yg menempatkan pelajar2 AF7 ,seperti yg sedia maklum tetamu yg hadir adalah Mawi ,Kumpulan Rabbani dan juga penceramah pd hari tersebut iaitu Akil Hay.semoga sambutan ini dpt menyemarakkan lagi semangat para pelajar dlm menghadapi tanggunjawab sbg seorg pelajar di Akademi Fantasia 7,Pada hari pertama juga para penonton dpt menyaksikan secara rasmi sikap atau pun kelakuan pelajar yg sentiasa diawasi pergerakan dan tuturkata mereka oleh kamera2 yg telah disediakan,ini merupakan salah satu faktor daya tarikan utk pelajar2 meraih undi dr peminat Program ini,dan sudah semestinya Para pelajar tersebut mengetahui kepentingan hal ini dan tidak mustahil juga jika ada dikalangan mereka telah memasang beberapa strategi sejak dari awal lagi utk meraih undi melalui Diari yg disiarkan setiap hari .jadi jgn merasa sesuatu yg pelik dan jelik dgn aksi2 yg bakal dipertontonkan para pelajar melalui diari kerana ianya bertujuan utk menarik lebih perhatian para penonton berbanding peserta yg lain,selain itu mungkin juga ada sesetengah para pelajar yg akan cuba berkelakuan separa dr kebiasaan kelakuan mereka sebelum menjejakkan kaki di Akadaemi ini,kerana ini smua adalah tentang Meraih undi dr bakal pengundi..Jika anda menyertai Program Seperti Akademi Fantasia ini maka jgn diharapkan undi yg akan dtg itu adalah kerana persembahan pentas anda semata mata,jika anda mempunyai vokal yg bagus sekali pun tetapi jika tiada daya penarik dari segi sikap dan perwatakan maka para pelajar yg berada diakademi ini tdk seharusnya memasang impian yg tinggi utk kekal lebih lama .jadi penciptaan watak dan karakter amat penting utk memastikan para pelajar ini kekal lebih lama,selama mana yg boleh,insyallah...

*Afundi Jika anda rasa ianya berbaloi

Senarai Sah 14 Pelajar Akademi Fantasia 7

Tranformasi Kini Bermula

Seperti yang sedia maklum pihak pengurusan Astro telah mengumumkan pelajar-pelajar Akademi Fantasia bg muisim yg ke -7 pd malam ahad yang lepas.kali ini seramai 14 pelajar telah dipilih utk menyertai akademi fantasia 7 berbanding hanya 12 dr yg dimaklumkan sebelum ini,dan pecahan jantina masih lagi dikekalkan sama rata.. Senarai Pelajar Akademi Fantasia 7 berdasarkan Tirai Semalam adalah seperti berikut:

Pelajar Lelaki
  1. Airil

  2. Akim

  3. Yazid

  4. Sidi

  5. Hafiz

  6. Obri

  7. Qhaub

Pelajar Perempuan



  1. zizi

  2. Aishah

  3. Rini

  4. Adila

  5. Isma

  6. Rubisa

  7. Claudia



Berdasarkan barisan pelajar AF7 yg diumumkan nampaknya Tiada sebarang Tranformasi menyeluruh yang dilakukan terhadap kriteria pemilihan pelajar,apa yg boleh diperkatakan ialah kriteria pemilihan masih sama spt AF yg terdahulu dimana pelajar yg mempunyai pertalian persaudaraan dgn mereka yg sdah dikenali dipersada seni tanah air mempunyai sedikit kelebihan dr segi pemasaran Produk yg bakal dilahirkan nnti dan mereka yg membawa perwatakan sedikit "warak" juga diselitkan diantara 14 pelajar yg lain.Pihak Astro juga nmpaknya mahu mencampurkan sedikit perasa tambahan dlm program AF7 kali ini kerana cuba untuk menampilkan seorg pelajar yg sudah dikenali dahulu dlm bidang nyanyian,mungkin pihak Astro mahu utk melakukan Eksperimen bg menguji sejauh mana pembabitan pelajar ini mampu utk menarik minat penonton dan juga bakal pengundi utk terus memberi tumpuan kpd Program Realiti Akademi Fantasia 7.Walau sesiapa pun yg dipilih oleh pihak Astro yg pasti pelajar2 AF7 ini adalah yg terbaik diantara beribu-ribu peserta uji bakat yg hadir semasa sesi pemilihan awal dan dgn ini juga jika ada pelajar2 yg tdk menepati kualiti yg dimahukan penonton maka pihak yg bertanggunjawab terhdp situasi ini sdah tentulah mereka2 yg terlibat dlm pemilihan Akhir pelajar2 AF7.Mengunakan Tranformasi Sbg kata kunci utama bg musim kali ini ,ramai peminat diluar sana tertanya tanya apakah dan bagaimanakah tranformasi yd diwar-warkan akan dilakukan terhdp pelajar2 ini akan memberi impak kpd bakal penonton dan juga bakal pengundi tegar,Atau adakah Tranformasi yg dilaungkan ini hanya satu ungkapan gimik sdangkan tiada apa2 perubahan yg ketara dpt disaksikan pd musim ini berbanding Musim2 yg lepas

E-Book Profile 20 Calon AF7

Terkini Ebook untuk dimuat turun

Semua peminat rancangan Realiti yg utama dinegara ini iaitu Akademi Fantasia telah sedia maklum akan pengumuman senarai 20 bakal calon yang akan menjadi pelajar AF7 secara rasmi nnti.serentak dgn itu juga kami di Afantasia7.blogspot.com telah mengeluarkan satu ebook secara percuma utk dimuat turun yg mengandungi Profile kesemua Calon AF7 berdasarkan pengumuman yg telah dibuat oleh pihak Akademi Fantasia.Jgn ketinggalan utk mendapatkan ebook Profile bakal Calon AF7 ini sekarang Juga secara percuma..


Muat Turun Sekarang => Clik Here

AB

NAMA PENUH: ABRAHAM EDWIN DUNGOT

ASAL: RANAU, SABAH

TARIKH LAHIR: 05/02/83

BANGSA: DUSUN

STATUS: BUJANG

AGAMA: KRISTIAN

PEKERJAAN: PENYANYI

ADILA

NAMA PENUH: NAS ADILA BINTI MOHD DAN

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 20/09/86

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PENYANYI

AISHAH


NAMA PENUH: SITI AISHAH BINTI BUJANG

ASAL: KUCHING, SARAWAK

TARIKH LAHIR: 14/01/91

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: LEPASAN SPM

AKIM

NAMA PENUH: AFIQ HAKIM BIN AHMAD

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 18/01/91

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: LEPASAN SPM

AMIM

NAMA PENUH: ABDUL HAMIM BIN HAJI SULEIMAN

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 26/01/88

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PELAJAR

ARIL


NAMA PENUH: KHAIRIL AZAM BIN PILUS

ASAL: KUALA LUMPUR

TARIKH LAHIR: 05/11/85

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PEREKA GRAFIK

CABBY

NAMA PENUH: CABRINE BLAIRE BERNARD SOLIBUN

ASAL: KOTA KINABALU, SABAH

TARIKH LAHIR: 19/07/89

BANGSA: KADAZAN

STATUS: BUJANG

AGAMA: KRISTIAN

PEKERJAAN: PELAJAR

CLAUDIA


NAMA PENUH: CLAUDIA FAY GERES

ASAL: KUCHING, SARAWAK

TARIKH LAHIR: 05/11/85

BANGSA: BIDAYUH

STATUS: BERKAHWIN (ANAK 1)

AGAMA: KRISTIAN

PEKERJAAN: PELUKIS PELAN

FAEZAH

NAMA PENUH: ALPAEZAH BINTI MANAF

ASAL: KENINGAU SABAH

TARIKH LAHIR: 27/04/89

BANGSA: SULUK

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PELAJAR

HAFIZ


NAMA PENUH: MOHD HAFIZ BIN MOHD SUIP

ASAL: KUCHING, SARAWAK

TARIKH LAHIR: 27/02/90

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PELAJAR

ISMA

NAMA PENUH: ISMALIZA BINTI ISMAIL

ASAL: KUALA LUMPUR

TARIKH LAHIR: 21/05/79

BANGSA: MELAYU

STATUS: BERKAHWIN (ANAK 5)

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PENYANYI

KELANA


NAMA PENUH: KELANA BIN AYU

ASAL: BINTULU, SARAWAK

TARIKH LAHIR: 07/12/69

BANGSA: MELAYU

STATUS: BERKAHWIN (ANAK 2)

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: OPERATOR JENTERA

LIZDA

NAMA PENUH: LIZDA NURYANTI BINTI ABIDIN

ASAL: TAWAU, SABAH

TARIKH LAHIR: 20/05/82

BANGSA: BANJAR

STATUS: BERKAHWIN (TIADA ANAK)

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: MODEL / AHLI PERNIAGAAN

OBRI

NAMA PENUH: AHMAD SOBRI BIN HASMUNI

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 08/05/85

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PEGAWAI KANAN BANK

QHAUD

NAMA PENUH: MOHD QHAUHD B. ABDUL RASHID

ASAL: SELANGOR

TARIKH LAHIR:07/11/84

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: AHLI PERNIAGAAN

RINI

NAMA PENUH: ZUZAFRINI BINTI ZULKIFLI

ASAL: KAJANG SELANGOR

TARIKH LAHIR: 11/06/84

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: EKSEKUTIF PEMASARAN


NAMA PENUH: RUBISA BINTI TIASIN

ASAL: KOTA MARUDU, SABAH

TARIKH LAHIR: 18/07/86

BANGSA: BAJAU & BANJAR

STATUS: BERKAHWIN (ANAK 1)

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PELAJAR

SIDI

NAMA PENUH: MOHD RASHIDI BIN MOHAMAD ISA

ASAL: IPOH, PERAK

TARIKH LAHIR: 23/09/82

BANGSA: MELAYU

STATUS: BERKAHWIN (TIADA ANAK)

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: EJEN PERKAPALAN

YAZID



NAMA PENUH: MOHD. YAZID BIN IBRAHIM

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 17/02/87

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: JURUTEKNIK



NUR FAZELAH


NAMA PENUH: NUR FAZELAH @ ZIZIE BINTI MOHD TAHIL

ASAL: SEMPORNA, SABAH

TARIKH LAHIR: 23/01/85

BANGSA: BAJAU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: PENYANYI


Inilah Senarai 20 Calon Pelajar AF7!



Teks oleh Razif Rosdi
Foto Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 3 MAC 2009: Transformasi telah berlaku dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajarnya telah diumumkan hari ini, lebih awal sebelum mengetahui siapakah Pengetua AF7.

Hasil dari penjelajahan ke 4 negeri, hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini.

Dari 20 calon itu, tapisan akan berlaku lagi. Keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009.

"Kesemua 20 calon pelajar itu dimestikan menyertai Minggu Orientasi & Kem Muzikal (MOKM) yang meliputi pelbagai kelas-kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal (teknik), vokal (persembahan), tarian, lakonan dan pelbagai lagi selama 6 hari bermula 1 Mac - 6 Mac 2009.

"Hanya pelajar-pelajar yang memberikan persembahan terbaik keseluruhan sahaja akan diserapkan ke dalam AF7 dan keputusannya akan diumumkan dalam Tirai Akademi Fantasia 7 (Bahagian 1 & 2) pada 7 & 8 Mac ini, jam 9.00 malam di saluran rasmi, Astro Ria," kata orang kuat Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.

Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah
artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus.

Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

Krew murai.com.my sendiri sempat berjumpa dengan beberapa pelajar ini ketika babak
kejutan diadakan iaitu ketika memberikan 'watikah'. Antara mereka ialah Aril, Abraham, Adila dan Sidi.


Apa kata komen mereka:

ARIL: "Saya tak sangka terpilih. Saya pergi uji bakat pun tidak dirancang. Saya ingatkan itu uji bakat terakhir. Rupa-rupanya apabila sedang beratur barulah saya tahu ia adalah uji bakat pertama. Terima kasih juri kerana sudi ambil saya."

AB: "Saya tak sangka langsung berjaya. Kebetulan saya adalah orang yang terakhir melepasi tahap 3 dan mengisi borang. Saya dapat borang pun last minute. Malah saya pergi uji bakat pun senyap-senyap tanpa beritahu keluarga. Semuanya sebab saya tak mahu mereka terlalu berharap,"

ADILA: "Saya ingatkan dah tak dapat. Maklumlah katanya pengumuman akan dibuat pada 12 Februari lepas. Jadi, saya pun tak mengharap lagi. Rupa-rupanya saya dapat dan bersyukur sangat-sangat."

SHIDI: "Tiap-tiap tahun saya dah pergi uji bakat dan banyak kali juga lsampai stage ke-4. Tak sangka pula selepas berumahtangga, barulah saya dapat. Terima kasih Astro."


Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)


Sumber =>clik here



AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN

AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN
Kombinasi tenaga pengajar baru dan lama bakal cetus transformasi luar biasa

Kuala Lumpur, 10 Februari 2009 – Teka-teki selama ini tentang siapakah yang bakal mengacara dan menerajui barisan tenaga pengajar bagi program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia musim ketujuh terjawab pada sidang media pada petang tadi. Akademi Fantasia yang bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104) membawa kembali AC Mizal dan Sarimah Ibrahim untuk mengemudikan program realiti popular; Akademi Fantasia di samping memperkenalkan barisan baru tenaga pengajar untuk musim ketujuh ini.

Akademi Fantasia musim ketujuh dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang sedang dalam proses dikenalpasti seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar. Di samping itu, Akademi Fantasia juga dengan bangganya membawa masuk wajah-wajah baru seperti A.Aris Kadir, Ida Nerina dan Hasrridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis ke dalam keluarga Akademi Fantasia musim ketujuh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, En Khairul Mizan, ”Selama enam musim Akademi Fantasia bersiaran, kami amat menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana kami percaya mereka merupakan tulang belakang utama dalam melahirkan bintang Akademi Fantasia pada setiap musim di samping usaha gigih dari para pelajar itu sendiri.”
”Pada musim ini, Akademi Fantasia amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar pada musim ini,” tambah Khairul lagi.

Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi akan berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokalpersembahan dan Fatimah Abu Bakar akan berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris. Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga akan disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang akan berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini.
(sila rujuk lampiran 1 untuk profil lengkap tenaga pengajar)

”Kami amat mengalu-alukan kedatangan pereka tari tersohor, A.Aris Kadir; pelakon berpengalaman yang versatil; Ida Nerina dan pemuzik terkenal; Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis untuk menyertai keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini. Kami percaya sumbangan besar dan pengalaman luas mereka dalam bidang seni dapat menyumbang kepada kejayaan Akademi Fantasia pada musim ketujuh.

Di samping itu, kami ingin mengucapkan selamat kembali kepada dua pengacara mantap yang telah menaikkan nama program Akademi Fantasia pada musim lepas; AC Mizal dan Sarimah Ibrahim. Komitmen dan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan pada musim lepas membuatkan pihak produksi teruja dan tidak teragak-agak untuk menyambung perkhidmatan mereka pada musim ini. Kami percaya AC dan Sarimah akan terus menaikkan maruah program ini ke peringkat yang lebih tinggi dan akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” ujar Khairul lagi.

AC Mizal diberi kepercayaan untuk menerajui Konsert Akademi Fantasia, manakala Sarimah Ibrahim akan menjadi pengacara bagi program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF

Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia dengan bangganya memperkenalkan dua program baru iaitu Diari EXT AF7 dan Diari INT AF7. Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:

NO

PROGRAM

SIARAN

KETERANGAN

1.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian pertama)

Sabtu, 7 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7.

2.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua)

Ahad, 8 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7.

3.

Diari Akademi Fantasia

Isnin – Jumaat,
9.00 malam
* mulai 9 Mac 2009

Diari Akademi Fantasia memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi.

4.

Diari EXT AF7

Setiap hari Jumaat,
10.00 malam
mulai 13 Mac 2009

Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini.

5.

Konsert Akademi Fantasia
*secara langsung

Setiap hari Sabtu,
9.00 malam
* mulai 14 Mac 2009

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

6.

Diari INT AF7

Setiap hari Ahad,
9.00 malam
* mulai 15 Mac 2009,

Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasia pada malam sebelumnya.

Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Radio EraMajalah Aksi AF melalui Measat Publication Sdn Bhd selaku majalah rasmi. Portal hiburan murai.com.my juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku portal hiburan rasmi. selaku radio rasmi di samping

*Sumber => http://www.astro.com.my/astrolife/events/af7/default.asp