Minggu Ke 2

Persembahan Kali Ke2
konsert utk kali yg kedua semakin hampir,berteraskan kata kunci Tranformasi pd musim ini maka dgn sedaya upaya pihak pengurusan rancangan realiti Akademi Fantasia cuba mencari kelainan berbanding musim2 yg sebelumnya,justeru itu utk konsert kali kedua ini dihidangkan para penonton dgn lauk tambahan iaitu 2 lagu bg setiap pelajar,ini bermakna 28 buah lagu akan didendangkan semasa konsert yg ke2 nnti,mungkin inilah Tranformsi yg dilaung-laungkan,Tetapi Apalah Sgt yg ada pd tranformasi yg pelbagai dilakukan jika mutu persembahan pelajar terutamanya persembahan vokal masih lagi berada ditahap yg tidak selayaknya utk muncul dikaca televisyen,ini dpt dibuktikan pd minggu pertama apabila masih byk lg pelajar yg membuat persembahan berdasarkan Syok sendiri,sendiri nyanyi sendiri suka tanpa menghiraukan keasyikan para penonton yg lain,Apakah konsert kali kedua ini juga akan sama seperti minggu yg sebelumnya ataupun ada peningkatan?ditambah pula dgn 2 buah lagu maka tugsan pelajar semakin bertambah,Bertambahnya sesuatu perkara dlm hidup ini adakalanya membawa maksud yg baik,dan adakalanya membawa sesuatu yg bersifat bencana.akan munculkah bencana kpd pelajar utk minggu ini?



Dibayar utk Lagu Pilihan
Benarkah ada sesetengah lagu yg dipilih utk dinyayikan oleh pelajar AF dibayar oleh pihak2 tertentu supaya lagu tersebut didendangkan dikonsert AF,ini dilakukan sbg salah satu kaedah mempromosikan lagu dan juga penyayi asal lagu tersebut,terutamnyanya melibatkan lagu baru yg dihasilkan,seperti yg kita maklum setiap lagu yg dipersembahkan di konsert AF nnti bakal menjadi lagu terhangat utk seketika tdk kiralah lagu itu lagu lama mahupun lagu yg baru, tetapi tidak pasti pula jumlah yg dibayar utk lagu tersebut dipilih bg dijadikan tugasan para pelajar,perkara ini berkemungkinan ada berlaku dan mungkin juga tidak,tetapi segalanya berkemungkinan ,bukankah AF ini penuh dgn kejutan.

Pengkritik DiKawal
secara terang-terangan salah seorg pengkritik memberitahu bahawa mereka diarahkan supaya tdk memberi kritikan yg begitu keras utk konsert yg pertama lalu,jadi kedengaran hanya kritikan yg bersifat tapisan dr para pengkritik ,apakah pihak yg terbabit sedar akan kemampuan vokal pelajar tidak begitu memberangsangkan?lantas dikawalnya tutur kata para pengkritikan supaya minggu yg pertama itu menjadi minggu yg baik2 sahaja yg mahu dipertontonkan.utk minggu yg ke 2 ini kita lihat sahaja kritikan para pengkritik adakah mereka ini masih dikawal kritikan mahupun tidak.

0 comments:

Post a Comment