Akademi Fantasia 9

Ura-ura mengatakan pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal diambil daripada negara seberang. Tetapi masih belum mendapat sebarang pengesahan daripada orang Akademi Fantasia sehingga sidang media kedua yang akan berlangsung pada 24 Januari nanti. Namun, soalan-soalan perangkap daripada wartawan sedikit sebanyak memberikan petunjuk bahawa pengetua AF9 mungkin daripada Indonesia.

Menurut pihak AF9, calon pengetua ini dipilih daripada negara luar supaya boleh berkongsi dan memberikan idea yang lebih segar kepada pelajar-pelajar musim baru.

OHBULAN! difahamkan AF9 merupakan siri program terakhir yang akan dianjurkan. Keunikan AF9 julung kali mengadakan audition secara online dimana anda boleh upload video di youtube dan daftar di laman rasmi AF9. Dengan jumlah fans di Facebook yang berjumlah hampir 1 juta, AF9 membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai sesi ujibakat mereka tanpa perlu beratur panjang.

Mengambil contoh daripada kisah kejayaan Yuna & Ana Raffali di mana bakat mereka dicungkil daripada laman Youtube, pihak AF9 yakin lebih ramai peserta yang berbakat di luar sana mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Harus diingatkan, setiap peserta perlu melalui 3 peringkat saringan sebelum dibenarkan masuk ke dalam Akademi Fantasia.

Sebanyak 40 lagu daripada pelbagai genre telah dipilih sebagai lagu wajib, iaitu 20 lagu untuk lelaki & 20 lagu untuk perempuan. Umur penyertaan masih kekal daripada 18 – 45 tahun. Pihak AF9 memaklumkan, saringan pertama pihak juri akan melihat sama ada peserta itu boleh menyanyi atau tidak, selain itu mereka akan melihat bakat serta pakej yang ada pada seorang peserta.

Lawat laman rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) dan sertai Facebook AF9 & Twitter AF9 untuk update yang lebih padat. Enjoice!

Credit : OH BULAN

0 comments:

Post a Comment