.jpg)
"Keadaan ayah saya memang kritikal. Sebenarnya memang saya tidak patut meninggalkan ayah dalam keadaan dia sedang nazak. Tapi, ini juga amanah dan restu ayah yang mahu saya berjaya mencapai impian sebagai anak seni."Dengan nekad dan tawakal, saya datang juga ke uji bakat ini dalam perasaan serba salah. Tapi, saya rasa saya tidak mampu lagi meneruskan uji bakat ini kerana saya mesti pulang sekarang untuk menatap wajah ayah buat kali yang terakhir yakni menghadiri pengkebumian," kata kepada murai.com.my sambil mengalirkan air mata. Ghaffur berkata lagi, dia berasa amat sayu kerana sebagai anak sulung, dia tidak sempat memberikan kesenangan kepada orang tuanya. "Kalau boleh saya mahu berjaya dalam bidang ini. Andai ada rezeki saya akan datang ke uji bakat seterusnya," katanya dalam nada teresak-esak.Warga murai.com.my mengucapkan takziah kepada keluarga Ghaffur dan semoga roh arwah ayahnya dicucuri rahmat.
Sumber : Rujuk Sini
0 comments:
Post a Comment