Artis Baru Singapura Cuba Ujibakat AF7

KUALA LUMPUR, 27 JAN 2009: Lebih 50 peserta warga Singapura datang menghadiri uji bakat Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7), yang berlangsung di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru pada 24 dan 25 Januari lalu. Antara mereka adalah pemenang program realiti, Anugerah, musim pertama anjuran stesen televisyen Suria iaitu Mohd Indra Hamzah, 27, daripada Jurong serta penyanyi rakaman, Sharrifah Noraslin Abdul Malik , 26, dari Clementi. Mohd Indra ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia tidak menyangka bahawa AF kini telah pun membuka penyertaan terhadap warga dari Singapura. "Secara tidak langsung, ia mampu memberi peluang kepada kami semua untuk menonjolkan bakat kami kepada masyarakat Malaysia dan siapa tahu kalau ada rezaki, kami mahu mencipta nama di Malaysia pula.


Maklumlah, pasaran di Singapura lebih kecil kalau hendak dibandingkan dengan Malaysia dan walaupun saya adalah pemenang program realiti Anugerah, saya tidak malu untuk membina semula kerjaya seni saya di Malaysia," katanya. Sementara itu, Sharifah Noraslin atau lebih dikenali dengan nama pentas Lynn Malik, pula berkata, sekalipun dia sudah menimba pengalaman sebagai penyanyi rakaman, namun ia tidak pernah menghentikan semangatnya untuk terus belajar serta menimba ilmu dalam bidang nyanyian. "Bagi saya AF adalah sebuah platform yang cukup baik sekali untuk saya mempelajari semua ini. Lagipun, saya ingin sangat tahu sejauh mana bakat dan kemampuan saya di mata penggemar muzik. "Sebab itulah saya tidak rasa takut atau malu untuk menyertai AF7. Apatah lagi bermula dari bawah semula," katanya yang pernah merakamkan album di Singapura berjudul Dasar Ilusi serta single duet bersama Beego, Tak Ingin. Anak saudara Datuk Sharifah Aini cuba nasibUji Bakat AF7 di Johor Bahru kali ini turut disertai 2 anak saudara kepada Biduanita Datuk Sharifah Aini iaitu Fadly Iskandar Yazid, 32, dan Fatihatul Raisya Yazid, 18, dari Johor Bahru. Fadly dan Fatihatul berkata, penyertaan mereka dalan uji bakat AF7 itu bukan hanya semata-mata kerana mahu menonjolkan bakat dan kemampuan yang ada tetapi juga menyambung darah seni dalam keluarga mereka. "Keluarga kami memang sebuah keluarga seni dan salah seorang daripadanya ialah Datuk Shariah Aini. Kejayaan Kak Pah mendorong kami untuk bergiat secara serius dalam bidang seni," katanya. Rakan baik bekas pelajar AF6, Toi iaitu Al-Malik Razali, 21, dari Taman Sri Stulang yang kini mengambil alih tempat dan kedudukan sebagai pemain angklung di Restoran Warisan Johor turut mencuba nasib dalam ujibakat AF7. "Ini adalah kali kedua saya datang menghadiri ujibakat AF7. Yang pertama adalah tahun lalu bersama Toi. Tapi saya tidak dapat teruskan menyanyi kerana terpaksa masuk kerja dengan lebih awal. Jadi, Toi seorang saja yang meneruskan cabaran tetapi tidak sangka pula dia berjaya masuk AF6 sampai ke final. Sebagai rakan baiknya, saya amat bangga apabila dia berjaya dan kalau dia boleh, kenapa tidak saya? Sebab itulah saya datang lagi untuk ujibakat. Toi pun tahu saya ada di sini dan dia sempat ucap selamat kepada saya," katanya. Dalam pada itu, ujibakat AF7 turut disertai ramai calon bukan Melayu. Salah seorang daripadanya ialah Jay Delancy, 21, yang dibesarkan di Johor Bahru dan Kanada. Ujibakat AF7 turut menyaksikan kemunculan komposer baru. Salah seorang daripadanya ialah Saifullah Afza Kassim, 29, daripada Pontian yang turut ditemani anak saudara lelakinya.Kita tunggu saja keputusan semua ujibakat oleh Astro tidak lama lagi.

Sumber : Rujuk Sini

0 comments:

Post a Comment