AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN

AKADEMI FANTASIA MUSIM KETUJUH JANJI KELAINAN
Kombinasi tenaga pengajar baru dan lama bakal cetus transformasi luar biasa

Kuala Lumpur, 10 Februari 2009 – Teka-teki selama ini tentang siapakah yang bakal mengacara dan menerajui barisan tenaga pengajar bagi program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia musim ketujuh terjawab pada sidang media pada petang tadi. Akademi Fantasia yang bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104) membawa kembali AC Mizal dan Sarimah Ibrahim untuk mengemudikan program realiti popular; Akademi Fantasia di samping memperkenalkan barisan baru tenaga pengajar untuk musim ketujuh ini.

Akademi Fantasia musim ketujuh dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang sedang dalam proses dikenalpasti seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar. Di samping itu, Akademi Fantasia juga dengan bangganya membawa masuk wajah-wajah baru seperti A.Aris Kadir, Ida Nerina dan Hasrridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis ke dalam keluarga Akademi Fantasia musim ketujuh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, En Khairul Mizan, ”Selama enam musim Akademi Fantasia bersiaran, kami amat menitikberatkan soal pemilihan barisan tenaga pengajar kerana kami percaya mereka merupakan tulang belakang utama dalam melahirkan bintang Akademi Fantasia pada setiap musim di samping usaha gigih dari para pelajar itu sendiri.”
”Pada musim ini, Akademi Fantasia amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar pada musim ini,” tambah Khairul lagi.

Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi akan berkhidmat sebagai guru vokal teknikal, Siti Hajar akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar selaku guru vokalpersembahan dan Fatimah Abu Bakar akan berkhidmat sebagai guru motivasi dan Bahasa Inggeris. Keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini juga akan disertai oleh tiga tenaga pengajar baru seperti Ida Nerina yang akan berkhidmat sebagai guru lakonan dan Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis selaku pengarah muzik. Buat julung-julung kalinya, Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat selaku guru tarian dan pereka tari untuk musim ketujuh ini.
(sila rujuk lampiran 1 untuk profil lengkap tenaga pengajar)

”Kami amat mengalu-alukan kedatangan pereka tari tersohor, A.Aris Kadir; pelakon berpengalaman yang versatil; Ida Nerina dan pemuzik terkenal; Hashridz Murshim atau lebih dikenali sebagai Acis untuk menyertai keluarga Akademi Fantasia pada musim ketujuh ini. Kami percaya sumbangan besar dan pengalaman luas mereka dalam bidang seni dapat menyumbang kepada kejayaan Akademi Fantasia pada musim ketujuh.

Di samping itu, kami ingin mengucapkan selamat kembali kepada dua pengacara mantap yang telah menaikkan nama program Akademi Fantasia pada musim lepas; AC Mizal dan Sarimah Ibrahim. Komitmen dan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan pada musim lepas membuatkan pihak produksi teruja dan tidak teragak-agak untuk menyambung perkhidmatan mereka pada musim ini. Kami percaya AC dan Sarimah akan terus menaikkan maruah program ini ke peringkat yang lebih tinggi dan akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” ujar Khairul lagi.

AC Mizal diberi kepercayaan untuk menerajui Konsert Akademi Fantasia, manakala Sarimah Ibrahim akan menjadi pengacara bagi program Diari Akademi Fantasia dan Diari INT AF

Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia dengan bangganya memperkenalkan dua program baru iaitu Diari EXT AF7 dan Diari INT AF7. Berikut ialah senarai program-program yang bakal menghiasi sepanjang musim Akademi Fantasia:

NO

PROGRAM

SIARAN

KETERANGAN

1.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian pertama)

Sabtu, 7 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7.

2.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua)

Ahad, 8 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7.

3.

Diari Akademi Fantasia

Isnin – Jumaat,
9.00 malam
* mulai 9 Mac 2009

Diari Akademi Fantasia memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi.

4.

Diari EXT AF7

Setiap hari Jumaat,
10.00 malam
mulai 13 Mac 2009

Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini.

5.

Konsert Akademi Fantasia
*secara langsung

Setiap hari Sabtu,
9.00 malam
* mulai 14 Mac 2009

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

6.

Diari INT AF7

Setiap hari Ahad,
9.00 malam
* mulai 15 Mac 2009,

Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasia pada malam sebelumnya.

Pada musim ketujuh ini, Akademi Fantasia sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Radio EraMajalah Aksi AF melalui Measat Publication Sdn Bhd selaku majalah rasmi. Portal hiburan murai.com.my juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku portal hiburan rasmi. selaku radio rasmi di samping

*Sumber => http://www.astro.com.my/astrolife/events/af7/default.asp

0 comments:

Post a Comment